top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Karate : Bukan Hanya Tumbuk, Sepak dan …

Updated: Jan 14, 2020

‘USW Sport Newsletter’ yang pegun di atas meja di ruang legar kampus dipenuhi timbun-timbun kertas itu saya tatap. Macam menarik, usai selak-selak, ada satu perkataan yang menarik perhatian saya.

Karate Club

Tiba-tiba, entah mana mai rasa keterujaan yang berpucuk cambah hampir 16 tahun lalu terimbau. Makanya, terpanggillah saya untuk menulis coretan ringkas ini.

Semua bermula pada tahun 1999, waktu itu usia saya baru menginjak 6 tahun. Oleh sebab saya membesar dengan kakak saya yang 4 tahun lebih tua daripada saya, ‘buli’ manja sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan adik-beradik kami. Walau waktu tu tadah dan hadap ja, dan amat sangat sungguhlah saya benci, tapi bila ingat balik, itulah yang menitik-tolak penglibatan saya dalam Karate. (Ps. Kak, I love you, you’re the best kakak)

Mak dulu kerap kata, “nak gaduh sangat, pi lawan waktu kelas Karate”, dan nak jadikan cerita, tahun 1999, SK (P) Island, sekolah kakak saya mula tubuhkan kelas Karate untuk pelajar yang berminat, mak saya mengambil peluang untuk daftarkan saya sekali dengan kakak yang waktu tu berada di Darjah 4 walaupun saya waktu itu baru mulakan tahun kedua saya di tadika. Tahun seterusnya, saya pun memulakan pengajian sekolah rendah saya di sekolah yang sama.

Menjadi pelajar yang ketingian yang bawah purata kebiasaan (Alhamdulillah) baju Karate, atau bahasa Jepunnya dikenali sebagai Gi, saiz paling kecik yang wujud pun perlu dilipat dua kali di bahagian kaki agar tidak dipijak-pijak waktu berjalan. Tali pinggang palin kecil pun boleh dililit lebih daripada biasa. Saya ingat lagi, Gi pertama saya zaiz 0. Dan latihan selalunya akan berjalan selama 2 jam selapas waktu persekolahan hari khamis tamat. Pada waktu ini jugalah, saya mulai aktif. Memang dah mengalir dalam darah, oleh sebab ayah saya bekas tentera yang ternyata aktif, kuat dan sihat, saya membesar dengan ciri-ciri yang sama.

Waktu peperiksaan, untuk beralih daripada satu pangkat, dalam konteks ini, untuk berubah daripada satu warna tali pinggang ke warna yang lain, yang juga lebih dikenali sebagai Grading adalah salah satu waktu yang saya tunggu-tunggu. Seingat saya, Grading akan berlangsung tidak lebih 3 kali setahun, dan saya cuba untuk sekurang-kurangnya sertai sekali setahun. Dimulai dengan putih, kemudian hijau, biru, ungu, coklat 4, coklat 3, coklat 2, coklat 1 dan hitam (1st Dan), dan Alhamdulillah, sewaktu saya tamat sekolah rendah, saya sudah berada di coklat 3. Sewaktu di SMK (P) St George saya sempat ke coklat 1 dan akhirnya, di MRSM Balik Pulau, saya dapat tali pinggang hitam saya.

Walaupun nampak macam sesuatu yang biasa sahaja, Karate secara tidak langsung mengajar saya bukan sahaja untuk tumbuk, sepak, terajang, bergolek, tempik dan segala yang seangkatan dengannya, malah lebih kepada nilai-nilai kemanusiaan yang nampak remeh, tetapi kalau dikenang kembali, menjadi asas kepada personaliti saya hinggalah sekarang. Waktu di kelas Karate saya belajar untuk menghormati tempat belajar (Dojo), disiplin, fokus, jangan malu tanya soalan, untuk hormat cikgu, untuk bawa diri, untuk let it goooo, let it goooo, terutama waktu sparing, dalam bahasa Jepun namanya, Kumite. Saya rindu waktu-waktu Kumite, bukan sahaja indah dapat ‘pukul’ orang, (Astagfirullahalazim) tetapi dapat bertarung dalam konteks yang lebih teknikal, tektikal dan fizikal. Dan, oleh sebab saiz saya kecik, kelajuan dan ketangkasan saya terasah secara sendiri.

Antara perkara menarik yang saya tak boleh lupa ialah saat-saat saya dan rakan-rakan mempersembahkan teknik Karate dan berpeluang untuk pecah patahkan papan. MasyaAllah, memang kalau saya boleh zahirkan keseronokan yang persis terpancar dari seisi saya persis pelangi terang pasca hujan. Keindahan luar biasa yang terserpih daripada kemampuan untuk mematah-pecahkan papan dengan satu das sepakan di dalam seorang saya, tak boleh gambarkan.

Kini, selepas hampir 5 tahun tidak berlatih Karate, di pelosok dunia sebelah sini, saya yang 6 tahun sayup-sayup timbul dalam saya yang 22 tahun ni. Semalam saya sertai latihan kelab Karate di pusat sukan uni saya.

Walau otot-otot kaki kejang sedikit dan ketar keras sewaktu berlajan, otot pipi saya turut sama terasa, senyum dari semalam masih belum sirna.

❤ Ezzah Mahmud

#Ingat #Life #Ceritera #Karate #Diari

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page