Ezzah Mahmud
Kanan Kiri
Kiri menceracak batu tinggi Kanan rendang mahu ranap Kiri kelabu asap debu Kanan hijauan jingga tanah Kiri berlumba-lumba kejar Kanan diteman alirnya kali Kiri dirangkul sabar sezarah Kiri menghena nafas kenyang Kiri kaya berjaya apa? Kanan sederhana cukuplah apa Kiri mahu kaya, kaya, kaya lagi Kanan mungkin selesa bertanam tani
Kanan atau kiri, transisi keduanya, biar lapang hati, moga kecintaan yang teragung datang membelai pipi.