top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Kami Semut Malaysia #NationalPoetryMonth #Day22

Updated: Jan 5, 2020

Maka kami semut-semut sekaliannya dengan ini berikrar dan menggadai jati bagi menumpu dan membagi serah seluruh asa daya kudrat keringat kami untuk mencapai cita-cita kamu berdasarkan atas undang-undang yang kami wajib ikut seperti berikut;


Kepercayaan kepada tuan kerana tuan bertuhan kuasa dan mata wang

Kesetiaan kepada apa yang tuan katakan benar kerana kami semut-semut semua, kuat kerja akalnya tertinggal di sarang, membusung

Keluruhan perlembagaan yang ada tempangnya tapi semut-semua yang tak puas hati, boleh pindah keluar atau kami kan halau, kalau minyak mahal, naik basikal, tapi kamu semut, sila meluncur dengan dedaun, bisa?

Kedaulatan undang-undang yang menjamin gula-gula semua selamat dicatu untuk tuan-tuan, agar negara mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, sambil yang terpekik di kata gila, yang meradang di kata tak tertenang. Ibu-ibu semut dan bapak-bapak semut sudah tidak terbuih menyata sayu.

Kesopanan dan kesusilaan itu, kami akur, sebab kami sudah selesa begitu, tapi, apalah kiranya semua ini, kalau dipijak mati kami tak sapa hirau.

Nasib baik Tuhan Ada. Dan semut-semut kuat jiwanya.

#NationalPoetryMonth #Day22




1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page