top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Jingga

Pada jingganya mentari yang tenang Aku renung sambil kenang helang terbang

Pada jingganya lampu jalan hias malam Aku cari dalam kelam malam suram

Pada jingganya api mancis yang menyala Aku biar bakar sumbu asa yang masih ada

Pada jingganya rimau belang tunjuk garang Aku resap semangat serang mahu menang

Pada jingganya jalur pelangi yang kedua Aku kira biar cukup tujuh semuanya

Pada jingganya neon nombor bas yang bergerak Aku tunggu hingga sampai empat tepat itu

Jingga warni yang menarik mata Aku kalah Dengan senyumnya

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page