top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Jatuh?


DESZCZ_SMALL

Mustahil mungkin aku yang mimpi jatuhkan diri? Apa baiknya?

Kalau bimbang belulang patah jangan dipanjat pokok jati Kalau takut berlubang darah jangan bermain api senjata kalau gusar termuntah nanah jangan dimakan racun dunia

Tidak kuseru diangkat bendera putih itu tapi sengaja aku mengata agar kelak tak celaka binasa ranah musnah punah hilang lekang

Aku tidak lagi akan jadi tilammu untuk terima segala sakit dan luka aku tidak lagi tega lihat rayumu yang bermula saat kau toleh sana

Kita masih lagi bisa bercanda bermesra serta bersama tapi nasihatku satu sakit andai jatuh sedialah kalau kau mahu kerana aku pernah.

#Puisi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page