Ezzah Mahmud
Jakaku
Dalam kotak bergerak ini Menuju kota tempat ilmu dihirup Aku duduk disebelah jaka
Bukan ku mahu Siapa anjur beli tiket waktu akhir? Sudah tiada pilihan Sudah tiada mintaan
Berbaju kelabu dan seluar biru tua Segak tanpa kaca mata dan cacak rambut Segaris senyum dihadiahi, malu Mungkin juga rupa wajahnya begitu Senyum selama sentiasa
Aku tak pandang lama, selepas sekilas aku larikan melepaskan luar tingkap kaca
Jaka punyai seri wajah Mungkin kacuk Amarika Matanya China Hidungnya Indonesia Bibirnya Malaysia Jambangnya Arab Cerah dan sederhana kilat Persih dan sederhana lebat kemas
Kalau dia tahu puisi ini perihalnya Mungkin dia akan tersipu segan Yang pasti, sesuku saat itu Bisa aku ukir bait-bait ini
Bayangkan suatu hari kelak Pasti berjuta puisi bisaku tulis Saban hari. Sambil merenung Indah tenang Raut senang Jakaku
Ameen.