• Ezzah Mahmud

Jagakan #NationalPoetryMonth #Day24

Updated: Jan 5

Aku kirai-kirai renda sejadah

Tunggu Isya’ menyapa masuk

Sambil fikir ku menerbang sunyi

Sama sekeping hati yang terjauh

Apa yang kau fikir rasa agaknya. Aku tenung-tenung sudut abar

Telusuri garis mencantum jadi satu

Sambil hati ku mengembang rindu

Sama seraut pandang yang teringati

Apa ada kau kenang sayang agaknya. Aku kelip-kelip kelopak mata

Tertumpahkan sedikit tangis yang terkolam

Sambil segala seasa merintih doa

Sama Tuhan yang Tahu Semua

Apa bisa kau di Jaga sentiasa Ameen. #NationalPoetryMonth #Day24


1 view

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now