top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Its 2022, and this will be THE year!


Blessed and grateful. Alhamdulillah. All praises to Allah s.w.t for all the things that has happened.


Tahun ni, macam tahun-tahun lain, aku ada tetapkan beberapa azam. Alhamdulillah, tahun 2021, dalam 10 azam yang aku set, ada 3 tercapai. Aku kira itu cukup cemerlang. Usai tahun 2020 yang menyedihkan dan tahun 2021 yang penuh uji, aku bertekad tahun 2022, akan jadi tahun yang gemilang insyaAllah. Hari ini, tanggal 4 Januari 2022, sudah 4 hari nampaknya kita menginjak ke tahun baharu. Sungguh, tak terasa mana perginya 4 hari tu. Syukur, aku mulai tahun ini dengan jayanya, berjaya siapkan video konvo Msc. Marni, video walimah Hakim & Nina serta Iwan & Husna. Sekarang, aku sedang giat menyiapkan video Hari Keluarga Ibnu Juwahir, yang sudah beberapa tahun terbengkalai. Tak apa, kita cuba siapkan. Dan selesaikan projek-projek video berbaki, sebelum memulakan projek-projek video baru pula. Tahun ini, ada beberapa projek menarik yang akan aku dan team mulai. Antaranya, menggerakkan Gemawan Kreatif Media, syarikat produksi yang aku asaskan sejak aku pulang ke Malaysia hampir 6 tahun lalu. Kemudian. Tinyraum, syarikat indie kecil yang menghasilkan produk-produk rekaan sahabatku, Nurul Sakinah dan juga suamiku, Adib Izuddin. Sebuah ruang dan peluang untuk kami bertiga berkarya insyaAllah. Dan tak lupa, projek sahabat kami di WarenaColab, yang aku kira sangat menarik dan bakal membawa sesuatu yang istimewa ke bumi ini. InsyaAllah. Tidak lupa, acara paling aku tunggu-tunggu, insyaAllah, dapat sambung MA tahun ini. Mohon sahabat doakan ya. Kalau tiada aral, pertengahan bulan Ogos nanti kami berangakat ke destinasi, bumi empat musim.

Baik, setakat itu sahaja buat kali ini. Moga kalian semua baik-baik sahaja. Ameen. Terima kasih sudi baca hantaran ini. Sungguh amat sangat seorang Ezzah hargai. Jaga diri semua. <3 Ezzah Mahmud

23 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page