top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Imbas

Kacakmu memanggil rayuku Berdiri dua depa di depanku Sambil jejari membetul tali leher senyum segaris dihias putihnya gigi

Oh Jaka, bukan.. Bukan kacakmu yang ku tunggu, Bukan Ringgitmu yang ku mahu Bukan keretamu yang ku perlu Bukan darjatmu yang ku serbu

Mari, kemari. Dekat lagi. Belahlah dadamu Aku mahu hatimu Pinjamkan Biar bisa aku imbas Lekas!

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page