top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Imanku cemburu #PrayforEgypt

Katil terasa duri Bantal terasa banjir TV terasa darah Nasi lemak terasa masam Ketupat terasa pasir Nasi impit terasa keras Rendang terasa masin Sirap terasa kelat Biskut terasa lemau Gula-gula terasa cekik Samperit terasa serdak

Walau semuanya masih elok tersusun di rak dapur terhidang di meja makan tersedia di bilik tidur aku rasa hina

Kita masih riang beraya mereka perang bersabung nyawa Kita masih punya keluarga mereka semua terbang ke syurga Kita masih mengadu-luat-benci Tak cukup itu terkurang ini malas itu, nak itu, teringin ini tapi usaha takat hujung jari kaki

Mereka cuma mahu yang hak dalam mengubah jalan yang bakal diinjaki

Aku, di sini, menghadap komputer ini sambil menulis puisi dalam sepi mencacak reroma, menggigil sukma, Tangan terasa lemah Hati jadi gundah Minda terisi duka Tapi iman jelas cemburu kerana Allah pilih kamu.

#Puisi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page