• Ezzah Mahmud

Ibuku #NationalPoetryMonth #Day14

Updated: Jan 5, 2020

Ibuku ini namanya Zauyah.

Cakap sebutnya kurang

Seraut pandangnya menyenang

Bacaannya bergudang

Senyumnya melimpah

Marahnya tak pernah

Nasihatnya hikhmah

Tubuhnya kecil termamah

Ubat hospital dan cakap seranah

Hatinya besar tak terrumah

Kerna luasnya sedaerah

Boleh jadi semesta pun kalah

Ehsan ikhlas yang luasnya tak terabar

Ibu orangnya kuat sabar

Moga Allah anugerahkannya Jannah

Ameen ameen ameen ya Allah. #NationalPoetryMonth #Day14


1 view0 comments

Recent Posts

See All