top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Hamba

Tolong! Tolong! Tolong! Ungkapan klise terpacul juga Menjerit sekuat semahu hati Momohon dialih perit ini

Sesak semak jiwa rongak nafas tersekat di pangkal pangkal tekak teracun asap asap kelabu merangkul hebat ku cuba bebat tapi tak dapat habis terjerat aku terlibat

Empat pat pat pat minit minit ruang nafasku dicuri dirampas dirompak reracun laknat tak mampu, aku tak mampu ditegur, dicakap, dinyata sudah tapi… belajarnya masih belum

Memang! hidup dan mati kau sendiri tentu Kenapa? tega hambai diri dengan debu debi naraka sedang kau tahu asalnya apa sedang kau tahu kesannya apa

Hanya tuhan saja mampu ubah segala serbi yang itu seusai kau usaha dulu.

*** Allah sahaja tahu betapa saya mendoakan anda.

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page