Ezzah Mahmud
Dia tak luka

Diam kamu semua diam dibayang ego yang melangit dihadang abar yang benteng kamu nafi hak bersuara diberi ruang dan peluang untuk menyata dan berkata untuk mengubah dan menggugah
Penakut mengata dia belakang-belakang tetak dia belakang parang sepak dia di tulang belakang kata dia cuba ambil peluang oh bukan, betulkan istilah kau kata dia ambil kesempatan?
Sedih ternyata, kamu cuma ada kekuatan sesepoi angin pantai keberanian setebal kertas layang dan mungkin pena yang kering dakwat atau pensil yang malas diasah. Mungkin
Hanya kerana kekata dan suara yang terlekat hina di kertas komentar kamu aju ini itu kamu luah semua seribu kamu ludah apa perlu
dia tak luka mana dia pasti Allah ada Allah tahu apa yang terbaik dah tidak akan termuntah segala yang terkata oleh dia, hamba! hamba! hamba! hamba kepada Yang Satu Kalau tidak terizin dahulu.
Sungguh, sekurangnya dia berani berkata untuk maslahat kita semua
Sedia… pabila ditanya kelak apa sudah dia buat untuk kita.
Ada jawapan tersedia.