Ezzah Mahmud
Dengari Nadimu
Biru pekat sederhana terang Khakis muda sederhana pudar Baju yang kau kenakan saat itu Pasang seluar atas buku lali Berjambang nipis bermata empat Segaris senyum kau hadiahkan Mata bertentang cuma sekali Terus, kau pandang bawah memanjang
Ayah dan ibu kau sembang sakan Beritahu itu ini Ceritakan itu ini Al kisah kau sendiri
Aku? Kau biar senyap sunyi Ku dengar getar nadimu Ku faham gusar hatimu Bertandang ke rumahku Dengan hajat satu jitu
Senyum sendiri seorang aku Berkurung hijau bertudung kelabu Lima meter jarak kau aku Lima purnama ku nanti pasti Bersatu jadi satu, kerana Dia!
160612 1410 -inspirasi hujan batu luar kelambu -sejuk beku tambah jerebu -dua tiga tahun lagi insya Allah. -Ku tunggu hadirmu! ❤