top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Dengar


Image

Kau bukan siapa-siapa Bukan cinta Bukan sayang Ternyata bukan Dia

Hanya insan punya Hati, atma, akal dan nyawa Mampu dengar jerit hiba Mampu lihat siksa bisa Mampu rasa sakit luka Mampu hidu resah duka Mampu sentuh hati jiwa

Telinga yang dua itu aku perlu Mata yang dua itu aku mahu Angguk geleng walau sekali dua Senyum gelak walau tipu dusta Aku perlu dan aku mahu

Sudahlah wahai diri.. Ketepikan segala yang tak berguna Bukan apa, terkadang sengaja Meluka diri dan menoreh hati Untuk apa?

Terima lah segala kasih ku ada Sudi dengar segala ceritera Yang aku pasti tiada apa makna Buat maslahat sekarang dan depanmu Tapi kepuraanmu aku hargai Puas rasa hati diri Dapat muntah luah ludah segala

#Random #Dengar #Jiwa #Puisi #Telinga #Hati

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page