• Ezzah Mahmud

Day 6 Poetry Challenge : Warni

Day 6- Write a poem of any length incorporating every word from your latest Facebook status.

“Warninya semua orang, merah, ungu, biru, hitam, jingga. Cantik!”

Aku mahu hitamkan aku

Biar sama warninya

Dengan langit malam

Aku mahu jinggakan aku

Biar terang serlahnya

Dengan senja sinsing

Aku mahu birukan aku

Biar tampak lepas luas

Seluas setenang tasik muara

Aku mahu ungukan aku

Biar sama macam bunga

Seri pagi yang seri-cantikkan pagi

Aku mahu merahkan aku

Biar rasa alirnya darah

Ganas mengalir mengiring denyut nadi

Aku mahu putihkan aku

Supaya aku dan semua ingat kenang

Waktu-waktu sebelum seorang aku

Hitam

Jingga

Biru

Ungu

Merah

#30DaysPoetryChallenge #Puisi

1 view

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now