• Ezzah Mahmud

Day 5 – National Poetry Month : Mak

Updated: Jan 14

Dalam senyap diam pandang mak Dalam sungguh senyum lebarnya mak Dalam sepetnya kedua mata mak Dalam tetimbul urat di tangan mak


Dalam “mak-ada-kat-roqwok-laa-ni-teman-ayah-‘shoping’-Ejah-sihat-ka?” Dalam “sembahyang-jangan-tinggai-tau” Dalam “duit-pekin-pekin-sikit-naa-mak-ayah-tak-dak-duit-nak-hantaq-ke-Ejah-kalau-tak-cukup” Dalam “mak-tak-pi-rumah-atok-lagi-video-minggu-lepaih-dah-tengok-dah-lah-adik(Zafri)-tunjuk-pendek-ja-naa-seminit-lebih-ja-kan” Dalam “ubat-malam-tak-makan-lagi-tapi-siang-punya-dah-makan-dah” Dalam “sejak-Ejah-duduk-Shah-Alam-ni-lama-dah-mak-tak-pi-kedai-buku”

Dalam masak lemak cili api mak Dalam teh ok kurang nipis kurang manis mak Dalam doa-doa panjang mak Dalam sujud-sujud lama mak

Ada sayang dan cinta dan sayang dan cinta dan sayang dan cinta lagi

‪#‎Day5‬ ‪#‎1hari1puisi‬ ‪#‎April‬ ‪#‎NationalPoetryMonth‬‪#‎30dayspoetrychallenge‬

0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now