top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Day 30 Poetry Challenge : Ngerti?

Day 30- Write a poem employing extended metaphor to illustrate the experience of the last thirty days.

Satu puisi satu hari Cabaran ramdom aku temui tanpa ekspektasi tinggi Aku mulai dengan suka suki Hanya mahu isi senggang diri Hanya mahu asah pena puisi

Satu hari satu puisi Aku dapat tahu kau tekuni Kau baca setiap puisi Kau ingat dan telusuri Aku kagumi dan hargai Aku bahgia dan senyum sendiri

Kemudian, akhir-akhir ini Puisi-puisi lewat 15 hari akhir Dalam 30 hari semua sekali Kau banyak ilhamkan isi Jadi sumber inspirasi Buat aku semangat sendiri

Sungguh, memang, ternyata Setiap puisi itu untuk kau Niatnya begitu jaka, kau, Tapi aku ini bunga, Aku pegun tak bisa bergerak Kau kumbang, kau bisa bebas

Ikut hati, mahu sahaja Aku beritahu setiap rasa Yang bagai udara keluar masuk Setiap masa ketika detik Kepada kau jaka, tentang rasa ini Tapi aku gusar, kau tidak selesa

Aku bahgia, bila kau tunggu-tunggu Puisiku saban hari yang kadang terlewatan Bicaraku saban waktu yang kadang repekan

Jangan risau, aku yakin, Mungkin waktunya belum cocok Aku cuma mahu kau tahu itu sahaja, ngerti?

#30DaysPoetryChallenge #Puisi

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page