top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Day 28 Poetry Challenge : Bunga

Day 28- Visit a virtual art gallery and look around until you find a piece that intrigues you. Write a poem inspired by the artwork.

Ada orang suka ke Tumblr, ada yang suka Google, ada yang tengok video dekat Youtube, saya pula sering ke Hitrecord.org. Silalah bertandang ke sana juga!

http://www.hitrecord.org/records/1283746


jestferlaffs-1283746

Biar hitam, putih, kelabu, aku mahu berwarni asing bagai setaman bunga-bunga kembang andai aku rumpun, aku masih aku

kadang dalam berumpun sunyi sungguh aku lebih bahagia

walau indahnya bertaman diziarahi lelebah belang dikagumi kekumbang gedang dipujai sekalian segenap aku tak mahu semua itu aku tak perlu pun

Bukan aku gemar dipijak direndah dihenyak bagai pasir, macam sampah, persis daki, umpama sisa,

tapi aku mahu mengakar, biar kejap dekat dengan tanah, dekat dengan bawah

dekat dengan asal, dekat dengan kembali dekat dengan susah

sebab bila susah tu selalu aku tak damba yang senang-senang sebab bila senang tu jarang aku hargai dan senangi

Oh Kumbang, aku biasa susah aku biasa rendah tak susah kau nak dekat tak susah kau nak kenal

kemari merumpun jemputan khas aku utus ayuh

#30DaysPoetryChallenge #Puisi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page