+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

  • Ezzah Mahmud

Day 20 Poetry Challenge : Sabtu Ahad

Day 20- Write a narrative poem detailing a specific childhood memory.

Kampung cina tepi laut Ceracak bangunan Kota George Aku besar situ mulanya

Tahu tak?

Power Rangers, selalu aku pilih yang hijau Bukan yang warna merah, sebab mainsteam

Doremon, aku suka watak doremon Dia buat aku impi mimpi cita cerita

Ultraman, aku suka yang Ultraman Eiti, 80, Sebab dia cikgu, aku nak cikgu yang ultra, macam tu

Sailor Moon, aku minat yang warna biru Mercury nama dia, rambut pendek, kemas! Bukan yang rambut purple sebab kakak dah book

Dragon Ball, aku minat dekat Goku, Masa dia masih hingusan, Bila dah gedang besar sasa, Penuh otot tampak serabut, Kurang suka

Dan sabtu ahad, akan aku tunggu, ada sebab nak bangun awal,

Nak lekat mata dekat kaca skrin Yang dulu hanya kaca semata Sekarang bakal jadi kerjaya!

#30DaysPoetryChallenge #Puisi

1 view
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now