top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Dangkal

Bukan mudah untuk memahamkan Apatah lagi memahami Bila semua rasa diri itu benar Pandangan aku kau pijak sepak Hujah aku kau renyuk buang

Aku bukan minta dunia Cuma pinjamkan telinga Untuk aku menyata dan berkata Yang kau tu tak betul mana Cuma gagah menyata Apa bila dimana mengapa Tanpa kaji usul periksa Tanpa susuli asal cerita

Dengan konklusi dangkal Lima inci kurang lagi Kau berdiri dengan iri Yang kau tahu jelas Kau salah sebenarnya

Malu kau sungguh serlah Aku senyum sahaja mampu Tiada siapa yang kau dah ampu Angkat naik kau kembali.

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page