top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Ceritera 3 minggu pertama #CardiffILoveYou

“Sekarang ni pukul 5pm ke 6pm?”

Soalan yang berpucuk cambah selepas terkesimaan yang tiba-tiba menggugah jantung saya lepas tengok jam tangan dan jam dekat telefon bimbit tak sama. Mula-mula ingat jam tangan yang silap, tup-tup jam dinding pun lewat sejam daripada jam telefon. Sudah. Awat nii. Terus, apa lagi, bingkas saya aju soalan ke group whatapp rumahsaya.

Rupa-rupanya, baru tahu, memang akan berubah waktu dan bertambah satu jam bila musim sejuk dah nak menjengah ni. Makanya, daripada beza 7 jam dengan waktu Malaysia, sekarang jadi 8 jam, sampailah bulan Mac depan insyaAllah.

Itu hanya satu daripada banyak perkara yang saya baru alami lepas datang sini.

Rutin harian saya tak banyak berubah pun. Kelas saya hanya pada hari khamis (1000-1600) dan jumaat (0900-1300). Kelas untuk term ni, Documentary Histories and Theories, Documentary Film Making dan yang terakhir Film Producing. Semuanya epik belaka. Saya terkadang automatis mencubit diri saya, ini bukan mimpi. Ini rezeki Allah bagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ya Rabb, You are the best of Planners! 


Jpeg

Kelas saya tak ramai, dalam 20 orang macam tu. Kebanyakan orang Welsh dan seorang dari Poland. Semuanya sajak (bukan typo, memang ‘sajak’. Pak Agi yang kenalkan istilah ni) dan anggun belaka, tapi mungkin sebab saya besar dengan menyuka-gumi Mike Shinoda, Mark Dacascos, Jason Scoot Lee, Nicholas Saputra dan Iko Uwais, yang memang asian-exotic, makanya jaka-jaka di sini tidaklah begitu meluluhkan jantung hati bagai. Haha. Ada seorang tu memang doppelganger Elijah Wood, seorang lagi macam Gareth Gates, seorang lagi ada iras Blake Lively, macam-macam. Lalu, saya datangkan sebuah hypothesis, memang muka artis Hollywood stok tipikal mat selleh sini, kot. Entahlah.

Dekat sini, saya banyak luangkan masa berjalan. Berbeza dengan waktu di UiTM Puncak Perdana yang jarak kolej dan kelas tidak lebih 5 minit berjalan kaki, kalau laju pakai gear 4,3 minit setengah dah sampai. Sini, paling laju saya menapak pun dalam 20 minit, paling lemah gemalai lenggang kangkung dalam 30 minit, terus rasa otot-otot akhirnya makin sihat dan kuat. (Walau dengan tak minum Milo) Haha. Dan oleh sebab rakan serumah saya dekat sini memang mengamalkan gaya hidup sihat, rajin juga teman mereka ke gym sekali. Moga dapat kembali fit seperti zaman pascaUPSR, insyaAllah.

Kalau waktu dekat Puncak Perdana dulu, paling rajin turun KLCC sebab nak pergi Kinokuniya (dan tengok wayang), walau tak beli apa pun kadang-kadang, melangkah ke dalam Kinokuniya adalah satu kenikmatan, satu perkara yang membungakan mawar di hati. Dekat sini, subhanAllah, ada satu kedai buku, Waterstones nama dia. Tidaklah sebesar Kinokuniya, tapi epiknya tempat tu, semua bookish stuff ada. Semua bertema buku dan buku semata-mata. Perasaan yang lebih kurang sama saat melangkah ke dalam Kinokuniya saya dapat rasa bila injak Waterstone.


Jpeg
I believe I can flyyyy.

Dekat sini ada 2 jenis panggung wayang (kena ambil tahu, hee, sebab memang sambung BA Film and Video pun, hehe). Kalau dekat Malaysia ada TGV, GSC, MBO, Lotus, dekat sini ada Cineworld and Vue. Kalau apply jadi student member BAFTA, dapat free tiket every week.


IMG-20141028-WA0012

Alhamdulillah, dekat Cardiff dan khususnya dekat tempat yang saya tinggal, ada banyak kedai runcit yang jual bahan-bahan masakan yang membolehkan makanan melayu dimasak. Kami serumah bergilir-gilir masak lauk saban hari. Saya bertugas hari selasa. Syukur, semua rakan serumah saya pandai masak-masak, oleh itu, kena level up sikit. (Anisah, Nurul, Syairah… Awat hampa power sangat masakkkk).


IMG-20141010-WA0001

And, to my beloved Puan Aisyah Ezral yang kini sudah bermastautin di Amarikaraya, (I hope you’re reading this and I miss you a lotttt), katanya payah cikit nak cari bahan nak masak masakan Melayu. InsyaAllah, ada hikhmah tu. Allah nak bagi peluang berkreatif dengan bahan staple sana. Daging halal pun tak susah nak dapat dekat sini. Makanya, mak ayah, tak perlu risau, anakanda makin tembun seusai mula menetap sini. Sebab sejuk, memang asyik lapar saja memanjang. =P

Kalau dekat Penang, ayah selalu bawak ke Lorong Kulit, atau lebih mesra dengan RopeWalk atau ‘Rokwoq’, dekat sini ada Car boot sale setiap sabtu dan ahad. Memang lebih kurang Rokwoq jugak, barang preloved murah-murah. Saya yang ketandusan baju sejuk ni, berbesar hati sangat bila nampak baju sejuk lawa lagi, dengan harga 3 pound dalam RM 15.70. Apa lagi, nak beli baru mahal, yang dekat Car boot ni berbaloi.


IMG-20141028-WA0022
Jpeg
Jpeg

Sini ramai Muslim. Kalau jalan ja, mesti terserempak dengan orang pakai tudung. Tak jauh dari rumah saya, ada sekolah Islam. Kawan-kawan pun sangat memudahkan dan menyenangkan. Ada masa tu, lepas shooting, semua pakat tuju KFC, Olivia dengan penuh hati-hati tanya, okay tak kalau nak dia orang makan dekat situ, saya okay ja, memang tak rancang nak beli apa pun, sebab selalu memang saya tunggu-tunggu waktu makan dekat rumah, sebab jimat dan lauk sedap-sedap baq hang! Hehe.


Steff, Bec, Callum and Olivia! Awesome gang!

Steff, Bec, Callum and Olivia! Awesome gang!


Kalau teringin nak makan masakan Melayu, ada satu kedai ni, ‘Woker Shaker’ nama dia, milik pemastautin, Pak Cik Din. Nasi Ayam, Nasi lemak ada jual dekat situ. Roti canai ja tak jumpak lagi. #SiniTakDakKedaiMamak


Sementara menunggu Pak Cik Din berpencak di dapur. #WokerShaker

Sementara menunggu Pak Cik Din berpencak di dapur. #WokerShaker


Ini memang seratus peratus free-writing. Sedikit sebanyak perkongsian apa yang saya lalui dekat sini. Akan kemas kini lagi nanti. Patik undur diri dulu. Tuan hamba jaga diri ya!

❤ Ezzah Mahmud

#Ceritera #Diari #Jiwa #Life

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page