top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Cepatnya!

Assalammu’alaikum comel-comel sekalian.

Alhamdulillah, pujian yang setinggi-tinggi saya nyatakan kepada Allah S.W.T kerana dapat juga bernafas dan menghela udara-Nya sehingga tika ini.

Hari ini hari selasa, 18 September 2013. SubhanAllah.. Rasa macam baharu sahaja masuk tahun 2012. Minggu ini merupakan minggu ke 13, kitaran 16 minggu satu semester. Sekarang sudah di sem 3. Rasa macam baharu saja bergelar pelajar UiTM. Rasa macam baharu sahaja selesai SPM. Rasa macam baharu sahaja selesai PMR. Rasa macam baharu sahaja selesai UPSR. Rasa macam baharu sahaja selesai tadika perpaduan sewaktu 5 dan 6 tahun. Pantas…

Tadi saya ke bank di Shah Alam, waktu pulang menaiki bas Rapidah KL itu, ada empat orang pelajar sekolah menengah turut sama menaiki bas yang ternyata tepat dan cepat itu. Saya terus terkenang dan teringat saat bergelar pelajar sekolah menengah di St. George dan di MRSM Balik Pulau dahulu.

Masih ingat lagi kotoran degil di kawasan hujung lengan yang kerap wujud dan susah untuk dibersihkan menggunakan mesin basuh itu? Saya akan pastikan setiap hujung minggu, saya akan menyental kotoran yang disebabkan oleh pensel dan pen yang sentiasa di jari itu. Ingat lagi waktu-waktu itu? Anda?

Saya juga tidak boleh lupakan saat mata ini persis dijahit benang halimunan. Dihurung kantuk tiap masa. Literally, setiap masa, saat, detik, tika and what not! Mahu sahaja setiap masa saya memejam, indah benar andai dapat tidur seketika waktu di dalam kelas walaupun cikgu sedang mengajar subjek Matematik Tambahan di dalam kelas. (Subjek yang orang kreatif dan rulez breaker macam saya susah nak kamceng =P )

Tak boleh lupa juga saat di MRSM, waktu yang digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dihabiskan membaca novel Hilal Asyraf dan Fatimah Syarha hingga lupa yang SPM tidak kurang 120 hari lagi! Waktu itulah bermulanya percambahan karya penulisan oleh saya dan waktu itu saya sangatlah produktif! Segala cerpen,puisi dan segala yang sewaktu dengannya terhasil dikala berada di MRSM.

Waktu di MRSM jugalah kita kenal, siapa kawan dan siapa lawan. Saya tak pasti mengenai anda tetapi saya yang waktu itu berusia sekitar 16 dan 17 tahun di kelilingi oleh pelbagai jenis personaliti dan juga perangai. Ada yang ikhlas berkahwan dengan kita, ada juga yang tikam belakang muka! Tapi yang pasti, apabila masuk ke UiTM, masalah sebegini semua jadi idea penulisan sahaja, semua punyai matlamat dan kehendak sendiri. Gaduh-gaduh ini semua sudah tinggal kenangan.

Alhamdulillah, hidup lebih indah bersama insan yang hargai anda! Masa itu bukan sahaja emas, bak kata Jank Beibiaq, platinum, silver dan segala bagai. Hargailah sementara stok masih ada!

Baraakallahu feekum.

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page