• Ezzah Mahmud

Bukan Segalanya

Sihat bukan segalanya Sihat akal dan minda itu perlu Sakit bukan segalanya Sakit jasad dan hati itu mati Kaya bukan segalanya Kaya rasa dan jiwa itu bermakna Miskin bukan segalanya Miskin cinta dan kasih itu parah Muda bukan segalanya Muda rupa dan asa itu indah Tua bukan segalanya Tua ruh dan deria itu sedar Lapang bukan segalanya Lapang nurani itu tenang Sempit itu bukan segalanya Sempit terkadang mampu mendidik Hidup bukan segalanya Hidup beramal itu wajib Mati bukan segalanya Mati itu permulaan segala

1 view0 comments

Recent Posts

See All