Ezzah Mahmud
Biar Aku
Senyap sunyi sepi Diam Khali Jeda! Bicara mati terbunuh Bisu dek belati ego Kelu dek tambak benci Henti dek pedang sangka tidak tertutur perkataan hati yang perlu dinyata pasti
Kenapa susah giga
untuk menyata ungkapan rasa tapi seribu kali tapi! kau harap penuh agar dia nyatakan gusar di jiwa
tidak semudah itu tidak sesenang itu mana mungkin kau tahu apa yang bermain di hati dan minda yang meruntun jiwa nestapa yang mengoyak rabakkan cita yang memagar jalan impi
kau tak tahu semua itu jangan mudah menghukum dia aku tahu, biar aku… biar aku yang pegang semua dengan tali sabar, dengan rantai harap, dan dengan yakini Tuhan!
-Perihal rasa ini bukan semudan makan biskut oreo. Lebih kepada mahu buat macaroon =P