Ezzah Mahmud
Berhabuk
Apa yang berhabuk?
Banyak benda berhabuk, dan yang paling berhabuk buat masa ini, dalam hidup patik ialah blog ini!
Lama sangat dah tak blog, tak tulis, tak luah panjang-panjang, tapi insyaAllah, patik akan jadikan tahun ini berbeza.
Jadi, patik rancang, untuk blog kali ini, adalah baik juga jika patik kisahkan kepada anda sekaliannya apa yang dah jadi sejak update blog lepas.
Patik bela seekor kucing, buat kucing angkat! Nama dia Lekir. Nama asal dia Simba, dan Ginger Tom.
Telefon patik yang Asus Zenfon4 itu sudah kembali menghadap Ilahi, makanya patik tukar telefon baharu, pakai Iphone 6s. Alhamdulillah, dapat diskaun, makanya moga lebih produktif hendaknya. For the better.
Patik mula belajar bahasa baru guna app DuoLingo. App ni memang osem, best dan sangat amat sungguh bermanfaat. Kalau anda pakai telefon, tak kisah Android or Iphone, boleh guna.
Patik kembali mula menghasilkan vlog, cadangnya nak buat tiap-tiap hari, tapi itu semangat sangat, memang boleh buat sebenarnya, tapi belum lagi. Makanya, patik akan buat 2-3 video seminggu, ikut mambang rajin, bila dia nak berdamping atau tidak.
Patik berjaya siapkan skrip filem penuh, feature length, tapi baru draft pertama, akan kena perbaiki lagi. Last submit bulan April nanti. Doakan dimudahkan, sebenarnya skrip ini bukanlah semudah yang dibayangkan, serius tak tipu. Jauh beza sangat skrip filem pendek dan strip penuh.
Patik belajar alat muzik baru, keyboard, dah boleh main dua lagu. Saja seronok, nak tajamkan minda.
Patik single, mash lagi single, haha. Dan berharap juga jaka akhirnya memberanikan diri ajak patik kahwin, sebab… Patik takut patik syok sendiri ja setakat ini.
Patik mulai meramaikan kawan-kawan berbangsa lain dan yang tak berbahasa melayu sangat. Ada dari Denmark, Norway, South Africa, Mozambique, Portugal, German dan beberapa negara Eropah yang lain.
Patik mulai aktif bersukan balik, Bola Baling, Bola Keranjang, Karate dan bersenam di gym saban hari.
Cakap pasal karate, haritu patik ambil ujian naik tali pinggang Karate. Tidak patik tali pinggang hitam (1st Dan) sekarang patik dah tali pinggang hitam yang ke-2 (2nd Dan), oleh itu, syukur, ada progres. Dah 6 tahun pegang tali pinggang hitam ja, seronok jugak dapat advance ni.
Patik dah dapat VISA USA, insyaAllah, dah beli tiket kapal terbang jugak dah, nak pi melawat Esah dekat San Jose, California, Amerika sana insyaAllah. Bulan Februari ni. Blog dia best, pi baca.
Akhir Januari ni patik pi Norway sat, 4 hari 3 malam, lepak main salji dekat Oslo sementara dekat bumi sebelah sini, sebab belum nak dapat merasa salji lagi sejak duduk Cardiff, Wales, UK ni. Hujan banyak la.
Patik kurus, kurus sikit la. 50 kg. Tidak masa sampai haritu 53 kg. mula-mula tak perasan berat turun, lepas tu Anisah , tunjuk gambar yang dia ambil bulan 3 tahun lepas. Anisah memang suka ambil gambar pakai kamera analog, macam ayah. Dan dia baharu ja cuci gambar-gambar tu. Haritu masa lepak dengan dia, dia adamant dan semangat tunjuk gambar tu, memang patik susut sikit. Hilang lemak dekat pipi yang gebu bin gempal ni.
Patik dah berazam 2016, dan Alhamdulillah, banyak juga azam 2015 patik tercapai. Berikut, untuk dihayati, terutamanya oleh patik, dan moga boleh jadi inspirasi kita bersama. PS : patik copy paste daripada FB patik. Biar dia beku kat sini;
2015, di usia 22 ini;-Nak sponsor Haji mak ayah : bawa ke depan lagi -Nak lebih faham Al Quran : Alhamdulillah, lebih faham, kena improve lagi. -Nak injak bumi selain Malaysia : Iceland, Czech Republic, Germany, Italy, France, Denmark and Belgium. -Nak sambung belajar luar negara : Final year dah, Alhamdulillah. -Nak kembali fit macam zaman pasca UPSR : mula main Basketball, kembali main Handball, Dapat 2nd Dan Black Belt dalam Karate. -Nak rajinkan baca buku : 10 books total, 15 buku kurang daripada tahun lepas. frown emoticon -Nak belajar editing : misi paling sukses tahun ni. -Nak buat video : 14 vlog, 5 video untuk BullAtheletics, 1 video untuk Mawar. -Nak belajar bahasa selain English dan Melayu : on the way -Nak tulis/terjemah buku : The Little Prince karya Antoine De Saint-Exupéry ke Bahasa Melayu -Nak buat 2 filem documentary sendiri : bawa ke depan -Nak rajin post video dekat Youtube : tak sukses, tapi tak jugak failed, daripada 56 video, dapat buat 14, kira okay la. -Nak jumpak salji : belum rezeki, January 2016 insyaAllah -Nak jadi isteri mithali: belum rezeki, calon pun tak jumpak lagi. Kalau berminat PM, haha. We’ll see how to go from there. -Nak Jannah : Allah knows best.Alhamdulillah, the 2015 #NewYearNewMe that I set for myself went kinda alright.
Perkara yang nak capai dalam 2016
-Khatam Quran dengan pemahaman -Mula menabung dengan suksesnya -Hafal Juz Amma. -Faham Hadis 30 for starters -Baca 2 buku sebulan at least -Belajar bahasa selain Melayu dan Inggeris (Arab atau Jepun atau Jerman atau Portuguese) -Belajar satu musical instrument (Keyboard) sebab nak score video senang –#1hari1vlog #AmGoingCaseyNiestatHere #PrayForMePlease –#1hari1gambar yang bermakna, yang deep, 365 gambar setahun -Join BUCS’s Karate Championship, for individual kata and sparing and team sparing. -Tulis skrip filem, feature length -Tulis skrip filem pendek -Tulis novel/buku/travelog/buku puisi -Terjemah novel/buku/travelog -Terbitkan filem pendek -Terbitkan dokumentari -Jelajah 10 lagi negara -Update blog selalu -Review filem selalu -Belajar melukis (Supaya storyboard hang tak macam lukisan kanak-kanak tadika, kadang depa lukis lagi lawa) tongue emoticon -Check your intention, always check your intention. Alwayyyyyyyyysssssss. -Learn to rap, write and rap and all it’s essence. -Be honest with your feeling, kalau suka, kata suka, kalau tak suka, kata tak suka, kalau cinta, bagi tahu, kalau tak berani bagi tahu, lupakan terus, kalau rasa tak nak teruskan, jangan teruskan, jangan tipu diri sendiri dan bajet boleh. -Jangan self doubt, tu semua Syaiton! -Love people who love you, don’t be people pleaser. -Improve your communication skills. -Inspire other people -love more, peace no war -Embrace all your friends, while you can, once you’ve gone back to Malaysia, you’ll miss them, and it’s hard to reunite etc. -Be present in the moment. -Smileeeeee
InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. I would put it here so I can look back and see how my 2016 goes. Please pray for my success. I love you all.
Okay 2016, Bismillah.
PS. gambar ada banyak sebenanya, nanti patik edit post ni dan kemas kini insyaAllah.
Itu sahaja yang patik nak kongsi buat masa ni. =D Jaga diri.
Ezzah Mahmud ❤