Ezzah Mahmud
Aku Mahu SUAMI
Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat sekalian.
Memang sengaja saya letakkan tajuk sedemikian kerana insya Allah, post ini akan berkaitan dengan hal berikut. Apa yang pasti ialah perihal berikut termuntah terus daripada lubuk hati dan jiwa saya. Memang apa yang saya mahu dan mahu. Andai ada yang tersingung, ampun maaf salah silap. Sungguh, kita semua manusia yang belajar. Andai tersinggung tahap tak ingat, mohon jangan teruskan baca. Serius. =P
Suami…
Ya, betul. You herd me. Suami!
“kenapa ya, ezzah semangat sangat nak kahwin?”
“eii, gatal dan tak sabar betul minah ni!”
“belajar dulu lah, nanti baru fikir kahwin.”
Memang tidak dapat dinafi perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang sehari dua tapi yang pasti, bukanlah sesuatu yang mustahil dan membuakkan dosa!
Pada saya, apa masalahnya jika saya ingin berkahwin di awal usia. Bukan mahu menyusahkan sesiapa tetapi hanyalah ingin berkongsi rasa yang pelik-pelik dalam hati ini and all of above, I’m a Muslim and I dont date.
Kalau anda dah bersedia untuk couple sudah tentu anda juga bersedia untuk berkahwin! Bezanya apa, cuba nyatakann. Bayangkan, segala yang dosa kan jadi pahala. Segala yang mendekatkan diri kepada zina bertukar menjadi mendekatkan diri kepada nikmat Allah yang dah dijanji indah dan berpahala.
Sungguh, tidak semudah itu. Saya tahu, tahu dan tahu. Tapi, cuba anda senaraikan kebaikannya, nescaya anda akan berusaha ke arah itu. Hal ini akan menyuntik mahu untuk pastikan anda akan mampu.
Beza. Kita semua berbeza. Saya dan anda berbeza tahap giga. Saya punyai sebab yang tersendiri jadi jangan mudah menghukum dan menyata itu dan ini andai anda tidak tahu dan tidak kenal saya. Sungguh, semua orang judgmental, dan saya tidak ada masalah dengan hal itu. Silakanlah menghakimi manusia dengan akal yg Allah berikan itu, doa saya sentiasa mengiringi.
Cadangnya ingin menyenaraikan sebab-sebab saya ingin berkahwin awal. Tetapi perlu saya perincikan lagi supaya saya puas hati dengan apa yang saya ingin nyatakan. Coming Soon insya Allah.
Baraakallahu feekum!