Ezzah Mahmud
Ada Apa Dengan Poskad!
Updated: Jan 5, 2020
Siapa yang kenal saya tahu bahawa poskad punyai tempat yang istimewa dalam hati saya.
Kalau saya ziarah mana-mana tempat baru, saya pasti akan hantarkan poskad ke orang yang disayangi dan diingati. Kalau tak hantar poskad, rasa macam tak lengkap pula perjalanan.
Sampai dah buat video!
Sewaktu berbengkel dengan Puan Nisah Haron dalam Bengkel Penulisn Travelog tempoh hari, beliau turut berkongsi bagaimana beliau sentiasa akan menghantar poskad ke dirinya sewaktu beliau mengembara ke satu-satu tempat. Ini secara langsung menjadi cendera hati kepada diri sendiri, dan juga coretan perihal perasan kita pada tika itu. Beliau juga kongsikan kaedah yang beliau gunakan untuk menyusun dan menyimpan poskad-poskad beliau, dengan menggunakan Firstday Album Cover.
Saya rasa teruja seketika. Saya selama ini hanya masukkan poskad-poskad saya ke dalam sampul dan almarikan. Sungguh, teknik yang Puan Nisah pakai ini saya boleh contohi!
Bebarapa hari yang lalu, saya beli dua buah album ini dengan harga RM 8.95 sebuah, di Kedai Buku Hasani, Rampai Business Park, tidak jauh dari rumah sewa kami di Wangsa Maju ni.

Seronok saya menelusuri kembali poskad-poskad, surat-surat cinta, memorabilia yang memucuk semula masa-masa indah! Banyak pulak ide nak menulis insya-Allah.

Rindu Esah ❤
Terima kasih Puan Nisah atas cadangan yang bernas ini. ❤ Ezzah Mahmud