• Ezzah Mahmud

Sini

Mungkin masih terlalu muda

Untuk menyata sakitnya

Derai pecah remuk hati

Sembilu bagai menusuk

Apa sembilu? Apa menusuk?

Tipu.

Jalar-jalar reranting fikir,

Pernahkah jaka terluka

Atau hanya kirana merana

Bukan isu siapa sakit

Tapi didalam terburai luka

Berparut selama.

Pedih.

Tidak tergambar, tertulis, ternyata

Segala yang luka itu,

Walau dilihat ditenung dicari

Dalam dalam dalam diri

Punca denyut bengkak

Mulai dari sini, tengah sini

Salah kirana juga

Biar hati dicuri

Serik? Mungkin.

0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now