• Ezzah Mahmud

Haha

Hahahaha

Haha

Hahahaha

Hahah

Baru kau tahu yang

Kau tak ada kawan sangat pun sebenarnya

Mungkin ada dua tiga yang kau sayang

Yang kau kisah, yang kau endah,

Yang kau rindu, yang kau mahu,

Yang kau senangi, yang kau kasihi

Tapi akhir sekali, kau seorang sendiri pegang

Pegang setiap satu sel kau agar tidak terburai

Dicicip helang-helang galang malang garang

Mahu setiap cebis kau habis bis bis bis

Lalu hanya kau seorang juga bersama seorang kau

Cakaplah seorang diri dengan harapan

Diri kau cakap balik dengan kau

Akhir sekali kau cari papan kekunci

Sebab itu saja yang kau rasa kau berbakat

Menulis pada kertas putih maya kosong

Sedih… Sebab selama ini kau ingat kau ada semua orang

Akhir sekali kau seorang sendiri, siapa lagi kau nak cari

Kalau bukan yang Menciptakan kau.

Yang kau pasti tahu yakin akan ada waktu kau perlu

Sebab, “…Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan,

maka Aku datang kepadanya dengan berlari” (Bukhari)

Ketawa sendiri pada bodohnya aku

Yang lupa dan kurang tahu

Sudah, aku mahu ‘berjalan’ kepadaNya

#Jiwa #Ceritera #Diari #Inspirasi #Hati

0 views0 comments

Recent Posts

See All