Ezzah Mahmud
Gian

Jejari gatal tak tertahan untuk menulis dan mengukir segala ceritera yang tertera segala kekata yang terkata sengala perbuatan yang terbuat segala yang bisa jemala fikirku ingat
Gianku ada pada tulis tidak terlerai rasanya aduh… mampu terluka terguris andai aku tak tulis
tulis untuk bernafas bernafas untuk tulis memang semuanya sudah tertulis aku tetap mahu tulis untuk aku dan aku dan aku
Aku harap suatu masa mampu bangun berdiri setajam A.Samad Said sepuitis Usman Awang sekritis Muhammad Haji Abdullah seunik Pak Agi sewangi Wani Ardy
Walau puisi kecil ini tidaklah sehebat mana tapi setiap yang hebat bermula dari nihil juga!