top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

BEZA

Updated: Jan 5, 2020

Egois! Tiada kata sifat yang lebih baik untuk aku sifatkan kau Lelaki! Tiada kata nama yang lebih baik untuk aku namakan kau

Jangan kau jadikan sejarah lama sebagai modal nyata untuk tembak jatuh aku tolak rebah aku lima tahun, lima tahun budak hingusan ke seorang pemudi budak jalanan ke seorang srikandi budak ini itu yang kau tambat hati lain, asing, tukar, paling!

Jelas! aku berbeza kau juga berbeza kita sama kembali kepada-Nya terus, apa lagi kau mahu!

Tenang… ku cuba bawa cita untuk kita bercinta kerana-Nya hanya cuma halal belaka lima belas putar jam satu aku tunggu, aku tunggu. sampai kau beritahu yang kau…

Allah Maha Tahu apa dalam hati…


0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page