Ezzah Mahmud
Lui!
Bonda terlalu risau
anaknya tidak makan
Bonda terlalu gundah
tidur anaknya diteman keroncong perut
Bonda terlalu sedih
biar anaknya pulang tanpa wang
Anaknya biasa saja
Asal cukup perut dialas
Asal cukup udara dihela
Asal cukup sayang dikurnia
Pasti bahagia anak sentiasa
Syukur, anak bukan jenis
yang berpayah-payah
dan tak kisah
Anak terkadang segan
Untuk meminta wang saku
Kerana dia tahu jawapan apa
Baik diamkan saja
Biar anak kerjakan sendiri
Sungguh, dikata ulang-ulang
Biar bonda sayang tenang
Duit itu Allah punya,
Kita pinjam saja..