top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

#30 Aku Terlupa

Updated: Jan 5, 2020

Aku terlupa Masa-masa sebelum kau ada Cuma ingat Indah pilih untuk tari sama kau Sebelum itu, lantai sejuk sunyi khali

Aku terlupa Masa-masa sebelum kau senyum Cuma ingat Bulan pilih untuk seri lebih pada kau Sebelum itu, pungguk menung rundung

Aku terlupa Masa-masa sebelum kau tahu Cuma ingat Doa itu aku utus dan utus tak ragu Sebelum itu, aku tak yakin aku cukup

Aku terlupa Masa-masa sebelum kau kata iya Cuma ingat Bait-bait itu aku tulis, untuk dakap hati kau Sebelum itu, aku tahu aku mahu kau tahu

Dan semua doa, indah, kejora dan puisi Aku titip, moga pekik hati ini, ada yang dengar

Alhamdulillah, ada.

#30 #MisiPuisi #Forcebonds #011117


0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page