top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

#150 Dalam Banyak-Banyak

Updated: Jan 5, 2020

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang sejagung ini.

Yang ini buat aku paling hairan.

Di dalam banyak-banyak doa Di antara banyak-banyak pinta Di payung banyak-banyak bumbung Di pacu banyak-banyak kapal Di celah banyak-banyak kerja Di seri banyak-banyak ria Di pangku banyak-banyak rasa Di rangkul banyak-banyak raga Di langgar banyak-banyak awan Di semi banyak-banyak bintang Di teman banyak-banyak bulan Di sapa banyak-banyak suria Di kocak banyak-banyak ombak

Dan dalam banyak-banyak orang di situ Aku nampak kau. Hairan aku sama percaturan ini. Dan sungguh, Tuhan sayang betul sama aku Kerana kau melebihi segala banyak-banyak yang pernah.

#150 #MisiPuisi #ForceBond #040717


1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page