+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

  • Ezzah Mahmud

#143 Pernah Tak

Pernah tak

Kau rasa macam pernah jumpak tapi di mana adakah di dalam mimpi atau di dalam sujud sunyi

Kau rasa macam pernah ingat tapi di mana adakah di dalam fikir atau di dalam kotak hati

Kau rasa macam pernah jatuh tapi di mana adakah di dalam dakapan atau di dalam pandang curi

Kau rasa macam pernah cakap tapi di mana adakah di dalam doa-doa atau di dalam rayu mohon

Kau rasa macam pernah penat tapi di mana adakah di dalam ribut perut atau di dalam kabut rindu

Pernah tak? kalau tak, mungkin kau tak pernah jatuh cinta

Atau belum ketemu cuma.

#143 #MisiPuisi #ForceBond #110717

1 view
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now