• Ezzah Mahmud

#141 Terima Kasih

Terima kasih Jaka, sebab sepaikan hati seorang Ezzah, sebab kini aku lebih syukur dan menghargai nikmat sayang diri, dan sayang orang yang sayang aku.

Terima kasih Tunisia, sebab ajar aku erti sabar dan kejar impi, sebab kini aku tahu, tak ada apa yang mustahil kalau kau betul-betul usaha dan letak yakin tu ke Allah.

Terima kasih Anisah sebab kenalkan Takahara Suiko, sejak kat UK dulu, yang langsung membuat aku tak sabar nak balik Malaysia waktu tu, sebab nak tengok dia perform live.

Terima kasih Shazwan Halim, sebab ajak aku pergi Northern Music Festival 2017 walau dalam banyak-banyak band/artist yang mai, aku kenai 2 ja, Taka punya band (The Venopian Solitude) dan Bunkface, tapi sebab ada geng nak pi, aku tak la jadi segan sangat.

Terima kasih Taka, sebab perform dengan sangat best hari tu, buat hari yang sedia indah tu, makin indah ya Allah. Dan buat aku termotivasi untuk mai jugak NMF, sebab Taka! Nak nyanyi lagu bontot tu sama2.

Terima kasih Bunkface, sebab buat lagu yang catchy yang sedap dan buat teenage years aku best, yang secara langsung buat aku nak jalan pi berdiri dekat ruang depan pentas daripada duduk kat batas tepi tu sejak lepas Maghrib sebab tak tau band Bittersweet dan sebelum-sebelum tu.

Terima kasih Nabila, sebab mai NMF, dan post online, jadi asbab aku tau dia ada kat NMF jugak, dan plan nak jumpak ketemu sebab dah lama sangat tak jumpak, sejak aku kat UK lagi dah plan nak jumpak waktu balik Malaysia, dan lepas balik, berjodoh pulak nak jumpak kat NMF.

Terima kasih Obi! Sebab lalu depan dan sapa Nabila, dan kemudian waktu terhenti, dan lalu aku senyum simpul sendiri, dan lalu seluruh bunyi jadi sepi, dan lagu Bunkface berkumandang jadi dengung, dan lalu bintang jatuh dari langit, dan lepas tu bulan senyum, dan aku memberanikan diri, sambil senyum sampai nampak 36 batang gigi, memaculkan sepatah dua kata sapa tanpa berjaya nak hadang tutup rasa bahgia.

Terima kasih Obi. Sudi sapa kembali, sambil senyum buat seorang Ezzah lemah lutut dan terbang tinggi. Dan merai segenap bahgia yang Ezzah ingin kongsi.

Semua ini berkait sangkut tapi, segala terima kasih ini tidak mungkin pernah cukup, untuk menyata dan merafak ke Tuhan, yang segala percaturan ini memang tertulis dengan sangatlah indah.

Alhamdulillah ya Tuhan. Alhamdulillah.

#141 #MisiPuisi #ForceBond #130717

0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now