Ezzah Mahmud
#137 Dah Makan?
Updated: Jan 5, 2020
“Jemput makan semua, nikmatnya dapat makan bersama!”
Kalau anda kenal seorang Ezzah Mahmud, pasti anda juga pernah dengar ungkapan ini.
Bukan apa, dia hanya mahu ingatkan dirinya, supaya lebih menghargai waktu makan bersama. Ternyata, makan berseorangan itu baik-baik aja, tapi, kalau dapat makan bersama itu ternyata lebih indah. Sambil anda nikmati makan bersama, anda akan rasa kebersamaan tu, dan lebih indah kalau makan dengan orang yang anda sayang.
Dan bila cakap bab makan, memang tak boleh terlepas, satu, sebab itu wajib, sebab hang manusia, makanya hang kena makan. Tetapi, terkadang, sangat mudah seorang Ezzah ni terlupa nak makan, terutama bila dia dah terlalu fokus sama kerjaya.
Makanya, setiap “Dah makan?”, “Jangan lupa makan?”, dan “Makan please.” itu sinonim dengan, I love you, dan I care for you, dan ketahuilah, I really really really apprieciate it.
Terasa indah dia masyaAllah, kalau indah tu umpama wangian, satu Astro ni boleh bau.
Terima kasih kanda!
❤ Ezzah Mahmud
Ps. Ha, dah makan ka belum tu?
#137 #MisiPuisi #ForceBond #170717
