This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now
EzzahMahmud.jpg
  • Home

  • Blog

  • More

    Use tab to navigate through the menu items.

    ezzahmahmud@gmail.com

    • facebook
    • instagram
    • youtube
    Get In Touch
    • All Posts
    • English Article / Poem
    • Cerpen
    • Diari
    • Filem
    • Inspirasi
    • Puisi
    • Random.
    Search
    Kudus #NationalPoetryMonth #Day30 
    Ezzah Mahmud
    • May 3, 2017
    • 1 min

    Kudus #NationalPoetryMonth #Day30 

    Apa yang aku rasa ini tulus Hadir dari sudut paling mulus Serlah gemilang singkap telus Usai aku tuju tembak doa kudus Akan aku maju terus dan terus Hati kau juga daerah halus Menapak kedepan tenang tak rakus Moga risau gundah kau pupus Izinkan aku jadi yang seka-hapus Kesini, mari ke sini sambut sahut seorang aku Sudah ku simpankan satu kejora Agar terangnya kan riang siang Dan kita tenang ria Bersemi. #NationalPoetryMonth #Day30 #DahSelesai #Alhamdulilllah ❤❤❤ Ps, teri
    1 view0 comments
    Pandang #NationalPoetryMonth #Day29
    Ezzah Mahmud
    • May 1, 2017
    • 1 min

    Pandang #NationalPoetryMonth #Day29

    Dan pada saat aku tatap Raut hening mu dari sisi Garis jalin selangit senyum Merekahnya mencapah Mendakap seluruh aku Dan sebelum kau toleh Aku cepat pandang ke kiri biar sedunia rasa berumah Mengakar ke benua ria Selintas gemerlap pelangi Merangkul segenap aku Dan pada tika yang sama masa tiba-tiba henti Atau ia akan lari sederas Pegun khali tenang berhenti, atau Melangkau sedepa sampai ke bulan Dan dengan lambai dan pandang itu aku hantar kau pergi. Ya Tuhan, aku mohon,
    3 views0 comments
    Mahu #NationalPoetryMonth #Day28
    Ezzah Mahmud
    • Apr 28, 2017
    • 1 min

    Mahu #NationalPoetryMonth #Day28

    Aku mahu puisikan hari ini supaya dapat kita baca rianya Aku mahu melodikan hening ini supaya dapa kita dendang nadanya Aku mahu kocakkan gema ini supaya dapat kau rasa degupnya Aku mahu semikan bunga ini supaya dapat kita tatap samanya Aku mahu kalamkan cerita ini supaya dapat kita telusurinya ulang dan ulang dan ulang lagi kerna aku tidak akan pernah berhenti mencinta #NationalPoetryMonth #Day28
    0 views0 comments
    Berjawab #NationalPoetryMonth #Day27
    Ezzah Mahmud
    • Apr 27, 2017
    • 1 min

    Berjawab #NationalPoetryMonth #Day27

    Bila ada kematian, semua orang bersatu dan sedar bila mana hidup ini walau akhirnya kita akan seorang kita tak seorang, sekarang. Mungkin tiba masa, untuk kita ingat dan beringat masalah ini di akar kalau kau cantas dedaun dan pucuk dia akan mekar balik membalik macam itu Apa kata, imani apa yang kau imankan belah otak, perisi akal belajar berikhlas seketika tekuni ihsan kau tu macam mana sebab kau kena berjawab di sini sudah serlah apatah lagi di akhirat san
    0 views0 comments
    Senyum #NationalPoetryMonth #Day26
    Ezzah Mahmud
    • Apr 27, 2017
    • 1 min

    Senyum #NationalPoetryMonth #Day26

    Rasa ini mulus Menyelati seantero ruang yang terizin yang terpasak-dirinya seorang aku, Terluka, asyik disiat-siat bahagia Apakah ini Ya Tuhan. Aku hela nafas panjang merela rasa ini menelusuri setiap alur jalin menguncur laju Pejamkan mata, senyum sahaja Biar rasa itu merangkul erat Kau manusia, kau makhluk tepu rasa. Dicabik-cabik indah, aku syukur sentiasa. #NationalPoetryMonth #Day26
    1 view0 comments
    Ramadan #NationalPoetryMonth #Day25
    Ezzah Mahmud
    • Apr 26, 2017
    • 1 min

    Ramadan #NationalPoetryMonth #Day25

    Sebulan lagi, Kekasih lama bersua bertemu. Ya Tuhan, moga kau ketemukan aku samanya. Aku rindu dakap hening dan rangkul tenangnya Dia yang Kau janji Rahmat dan Rahim Dia yang Kau seri Barakah dan Indah Dia yang Kau isi seribu purnama Dia yang Kau sedia manisnya Percaya Izinkan aku ketemu samanya lagi tahun ini. #NationalPoetryMonth #Day25
    0 views0 comments
    Jagakan #NationalPoetryMonth #Day24
    Ezzah Mahmud
    • Apr 26, 2017
    • 1 min

    Jagakan #NationalPoetryMonth #Day24

    Aku kirai-kirai renda sejadah Tunggu Isya’ menyapa masuk Sambil fikir ku menerbang sunyi Sama sekeping hati yang terjauh Apa yang kau fikir rasa agaknya. Aku tenung-tenung sudut abar Telusuri garis mencantum jadi satu Sambil hati ku mengembang rindu Sama seraut pandang yang teringati Apa ada kau kenang sayang agaknya. Aku kelip-kelip kelopak mata Tertumpahkan sedikit tangis yang terkolam Sambil segala seasa merintih doa Sama Tuhan yang Tahu Semua Apa bisa kau di Jaga senti
    1 view0 comments
    Belikat #NationalPoetryMonth #Day23
    Ezzah Mahmud
    • Apr 24, 2017
    • 1 min

    Belikat #NationalPoetryMonth #Day23

    Ada masa aku tercomotkan garisan yang aku jalinkan kerna aku manusia, terlalu selalu terlupa. Maaf, aku masih berjagungan Ampun, aku masih berhijauan Jangan kau biar aku sendiri membakul angkat tak sedar diri. Ya Tuhan, mohon Kau jaga seluruh ini. Iya, yang ini, yang tersangkar dek rusuk terutuh dek belikat dan Asa Perkasa. Hidup, kita bersama semua sekali ayuh kejar Jannah hakiki. #NationalPoetryMonth #Day23
    0 views0 comments
    Kami Semut Malaysia #NationalPoetryMonth #Day22
    Ezzah Mahmud
    • Apr 24, 2017
    • 1 min

    Kami Semut Malaysia #NationalPoetryMonth #Day22

    Maka kami semut-semut sekaliannya dengan ini berikrar dan menggadai jati bagi menumpu dan membagi serah seluruh asa daya kudrat keringat kami untuk mencapai cita-cita kamu berdasarkan atas undang-undang yang kami wajib ikut seperti berikut; Kepercayaan kepada tuan kerana tuan bertuhan kuasa dan mata wang Kesetiaan kepada apa yang tuan katakan benar kerana kami semut-semut semua, kuat kerja akalnya tertinggal di sarang, membusung Keluruhan perlembagaan yang ada tem
    1 view0 comments
    Kisahkan #NationalPoetryMonth #Day21
    Ezzah Mahmud
    • Apr 23, 2017
    • 1 min

    Kisahkan #NationalPoetryMonth #Day21

    Aku kisahkan yang indah-indah Sama bonda saban hari Kerna aku yakin tahu Beliau bosan dipangku rindu Dan kalah dengan khali di kampung. Kerana kisah ini berupa Bait-bait indah yang tak terpuisi Jalin-jalin seni yang tak terlukis Rasa-rasa ria yang tak tercakup fikir Dan bonda orangnya tak banyak cakap Langsung aku kisahkan yang indah-indah #NationalPoetryMonth #Day21
    0 views0 comments
    Pistol #NationalPoetryMonth #Day20
    Ezzah Mahmud
    • Apr 23, 2017
    • 1 min

    Pistol #NationalPoetryMonth #Day20

    Sekujur masa terbaring Rebah jatuh longlai digugah Peluru alpa dan beberapa panah iri Jasadnya itu belum boleh mati Kerja tugasnya masih tergalas Iring ditukar tiarap ditukar rangkak Kedua telapak menekan realiti Langkah orang-orang itu kuat Dengar peluru-peluru baru dimasuk Seputar dua putar di pistol diputar Lari masa lari. Mereka mahu kejar kau! Masa menapak selamba Aku belum mahu mati lagi Aku kebal #NationalPoetryMonth #Day20
    1 view0 comments
    Kamar #NationalPoetryMonth #Day19
    Ezzah Mahmud
    • Apr 23, 2017
    • 1 min

    Kamar #NationalPoetryMonth #Day19

    Di dalam kamar sunyi ini Gebar asa aku kelumbung selubung Tak tertatap gagah bilah membelah hela Siramkan saja rasa ini sama canda ria Aku lebih bahgia begitu Hari ini pestanya halimunan, tapi pekiknya jelas luar sana. Nada-nada di radio menyapa ramah Buat aku makin asyik dijajah Lagu merobek gegendang telinga Lalu mencabik-cabik isi hati. Aku tunggu sama khabaran Yang disiul bayu dan burung Daun pintu ku biar lebar luas Sela tingkap ku biar terruang buka Aku sudah bilang
    0 views0 comments
    Abar #NationalPoetryMonth #Day18
    Ezzah Mahmud
    • Apr 22, 2017
    • 1 min

    Abar #NationalPoetryMonth #Day18

    Daun-daun gugur Yang kau sepak-sepak Persis tiada apa-apa itu Dahulu pernah menari-nari Dan berlari-lari sama sang bayu Sebelum ajalnya datang bertandang Pintu-pintu masa Yang kau ketuk-ketuk Untuk kelak kau tebuk-tebuk Dinding binaan agam sergam Kau pasak benci-benci Yang tak habis-habis Tempikkan sama dengar-dengar Untuk ditoreh kelar tikam panah Sudah berbuih-buih Aku lempar kata-kata Hadang palang mengabar-abar Pujuk kau sabar-sabar Supaya kau tak kobar-kobar Sama api-a
    1 view0 comments
    Penjelasan #NationalPoetryMonth #Day17
    Ezzah Mahmud
    • Apr 22, 2017
    • 1 min

    Penjelasan #NationalPoetryMonth #Day17

    Al kisah kirana itu Tertipu impinya sendiri Di titik tengah Kuala Lumpur Berdiri dia mengitari sepi Yang pekung membengkung Jaka bilang jam lima usai di kantor Mahu langsung ketemu Dan bersemuka persis orang dewasa Bercerita dan menoktah Kirana tunggu dan tunggu dan tunggu Sempat menelusuri beribu judul buku Sambil fikir tercampak jauh Memikir apa salah sudah dia laku Takhluk manakah yang dia terjajah Jarum besar sudah lima kali membulat cukup Setan betul, kirana menyumpah
    1 view0 comments
    Thoughts #NationalPoetryMonth #Day15
    Ezzah Mahmud
    • Apr 16, 2017
    • 1 min

    Thoughts #NationalPoetryMonth #Day15

    I have this, thoughts. Of what I am and what I’d be Of what I’ve seen and what I’ll see Of what I’ve felt and what I would feel. Room filled with silence silenced By the mute ringing of craving sea Wanting to kiss the shore of yours They say, don’t build a house by the see If you don’t plan on getting washed away But hey, you don’t know that for sure, do you? I’ll root for the calmness and the inner peace, And the rise and set of sun braving the sky Who am I to be scared of u
    1 view0 comments
    Ibuku #NationalPoetryMonth #Day14
    Ezzah Mahmud
    • Apr 16, 2017
    • 1 min

    Ibuku #NationalPoetryMonth #Day14

    Ibuku ini namanya Zauyah. Cakap sebutnya kurang Seraut pandangnya menyenang Bacaannya bergudang Senyumnya melimpah Marahnya tak pernah Nasihatnya hikhmah Tubuhnya kecil termamah Ubat hospital dan cakap seranah Hatinya besar tak terrumah Kerna luasnya sedaerah Boleh jadi semesta pun kalah Ehsan ikhlas yang luasnya tak terabar Ibu orangnya kuat sabar Moga Allah anugerahkannya Jannah Ameen ameen ameen ya Allah. #NationalPoetryMonth #Day14
    1 view0 comments
    Menarik #NationalPoetryMonth #Day13
    Ezzah Mahmud
    • Apr 13, 2017
    • 1 min

    Menarik #NationalPoetryMonth #Day13

    Kau menarik Aku tertarik Andai tercabik Aku tak serik Kau menawan Aku tertawan Kita berkawan Persis Gemawan Kau santun Aku terpegun Bagai di gurun Ku perlu unggun Ke sini mari Kita kan pergi Di celah jemari Tersemi berseri #NationalPoetryMonth #Day13
    0 views0 comments
    Tapau #NationalPoetryMonth #Day12
    Ezzah Mahmud
    • Apr 12, 2017
    • 1 min

    Tapau #NationalPoetryMonth #Day12

    Aku jadi seriau Bila manusia membangau Salah sendiri, orang yang disasau Kau tau, kerbau pun tak membangau Kerbau jadi kerbau Bangau jadi bangau Terkadang kau langau Sini sana kau gagau Masuk telinga kau igau Apalah masalah kau? Hey hey jangan aku kau tapau Aku aku, kau kau. #NationalPoetryMonth #Day12
    0 views0 comments
    Tercukup #NationalPoetryMonth #Day11
    Ezzah Mahmud
    • Apr 12, 2017
    • 1 min

    Tercukup #NationalPoetryMonth #Day11

    Aku rindu sama Tanah-tanah yang tak terinjak Langit-langit yang tak terbumbung Daun-daun yang tak terkumpul Bayu-bayu yang tak tersapa Angin-angin yang tak tercakup Pasir-pasir yang tak tergenggam Wahai awan, Apa sudi kau dan aku menari bersama Sambil biru ini jadi pentasnya Apa sudi kau sambut hulur tangan ku Mungkin bisa kita mendongak Memetik bintang-bintang, Tuk disimpan dalam kocek masa. Tak tercukup bait-bait ini Menemukan sama rasa yang terkolam Aduh, bila mungkin k
    1 view0 comments
    Ada #NationalPoetryMonth #Day10
    Ezzah Mahmud
    • Apr 12, 2017
    • 1 min

    Ada #NationalPoetryMonth #Day10

    Sehela nafas panjang aku hirup puas Sepanjang-panjang dan segempal-gempal yang mampu Usai kebil-kebil mataku celik pagi ini Entah apa yang aku mimpikan Aku tak ingat Tapi, mimpi itu buat aku syukur Udara masih lagi percuma Air masih lagi tak sirna Otak masih mengerti Hati masih merasa Syukur, seorang aku masih ada. Terkadang, terlalu selalu aku mahu apa yang bukan milik ku, Sungguh, aku perlu bersyukur lebih dan lebih dulu. #NationalPoetryMonth #Day10
    0 views0 comments
    1
    2
     

    +601110277017

    • facebook
    • instagram
    • youtube

    ©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com